Wednesday 2 September 2015

PENDUDUKAN BRITISH DI TANAH MELAYU
Zaman kolonialisme British adalah zaman berlakunya eksploitasi kekayaan dan penindasan bagi golongan yang dijajah melalui konsep kebebasannya.
Pengeksploitasian yang berlaku hanya menguntungkan pihak kolonial British semata-mata manakala bagi masyarakat setempat pula, ianya terus berada pada takuk lama. 
British mula menjajah Tanah Melayu pada tahun 1786 melalui perjanjian antara Sir Francis Light dengan Sultan Kedah. Selepas itu British terus meluaskan kuasa serta pengaruhnya di Kepulauan Melayu dan mereka juga menerokai serta mengeksploitasi hasil bumi di Tanah Melayu.




Faktor-Faktor Campur Tangan British
Secara umumnya terdapat beberapa faktor yang menyebabkan berlakunya campur tangan dan perluasan kuasa Inggeris di negeri-negeri Melayu termasuk Sabah dan Sarawak. Antara faktor-faktor tersebut seperti faktor ekonomi, politik dan sosial.

FAKTOR EKONOMI
 Pada kurun ke-19, beberapa ciptaan terbaru telah berjaya ditemui yang memerlukan penggunaan bijih timah. Bijih timah amat diperlukan dalam perusahaan mengetin makanan dan minuman. Pelaksanaan dasar imperialisme Barat ini adalah lanjutan kepada perkembangan sistem ekonomi kapitalisme dan pengamalan suatu dasar ekonomi yang dikenali sebagai merkantilisme pada abad ke-16 dan ke-17. Kapitalisme ialah sistem ekonomi yang menggalakan pengumpulan modal, hak milik persendirian, persaingan untuk pasaran dan perniagaan untuk keuntungan. Sementara merkantilisme merupakan sistem yang menjadikan  sesebuah negara kaya dan berkuasa. Dengan kata lain, sistem ini menekankan kekayaan dan kekuasaan sesebuah negara.
Rentetan itu, pihak barat terutamanya British berlumba-lumba melaksanakan dasar imperialisme bagi tujuan menambahkan sumber dan hasil ekonomi mereka.Tanah Melayu amat terkenal dengan kekayaan hasil bumi, ini merupakan sebab utama British ingin menjajah dan menguasai segala punca ekonomi dan mengeksploitasi hasil bumi yang ada. Apa yang jelas ialah pelaksanaan dasar kolonialisme British khasnya ke atas Tanah Melayu bertujuan untuk mendapatkan keperluan bahan mentah dan mengembangkan pasaran dan pelaburan British.

Stamford Raffles


                                                                                            
FAKTOR POLITIK
a.) Masalah yang berlaku di  negeri-negeri Melayu.
Perang saudara antara pembesar-pembesar Melayu dalam merebut takhta dan kawasan. Contohnya di Perak, British mengambil kesempatan ini akibat perebutan takhta kerajaan Perak dan perbalahan antara kumpulan kongsi gelap Cina.
British campur tangan di Selangor kerana mengambil kesempatan dari perbalahan pembesar-pembesar Melayu iaitu antara Raja Abdullah dan Raja Mahadi yang bersaing untuk menguasai daerah Klang yang kaya dengan Bijih Timah.
b.) Perubahan  Politik dan Dasar di Britain
Pihak Barat telah melaksanakan dasar kolonialisme dan imperialismenya dalam usaha mengembangkan pengaruhnya ke seluruh pelusuk dunia. Perkembangan dasar ini adalah hasil daripada perubahan sistem politik, pandangan hidup, dan penciptaan teknologi baru. Semenanjung Tanah Melayu adalah destinasi yang menjadi tumpuan utama pihak Barat terutamanya British kerana  banyak sumber dan hasil bumi yang belum dieksploitasi oleh penduduk tempatan.
Pihak British telah melihat Semenanjung Tanah Melayu sebagai pangkalan utama yang boleh mendatangkan keuntungan besar kepada mereka untuk menyokong perkembangan yang berlaku di dalam negara. Pembukaan Terusan Suez dalam tahun 1869, mempercepatkan urusan perdagangan. Kesan daripada perkembangan ini, kegiatan perdagangan antara Asia dan Benua Eropah semakin meningkat kerana perjalanan yang jauh antara kedua-dua kawasan ini telah dipendekkan. Peningkatan perdagangan ini dapat dilihat daripada pembukaan beberapa pelabuhan yang baru seperti Singapura yang telah menjadi pelabuhan antarabangsa selepas tahun 1870.
c. Faktor Kebimbangan Campur Tangan Kuasa-Kuasa Asing
Selain British, kuasa Barat lain seperi Perancis, Itali, Jerman, dan Rusia sedang bersaing untuk meluaskan jajahan taklukan masing-masing. Pada tahun 1870-an  kuasa-kuasa asing seperti Itali, Perancis, Jerman dan Rusia bersaing untuk mendapatkan tanah jajahan yang akan dijadikan sebagai pembekal bahan-bahan mentah.
Tanpa pengawalan politik dan campur tangan dalam pentadbiran tempatan, kuasa-kuasa ini boleh masuk dengan mudah melalui persahabatan dan hubungan perekonomian dengan raja-raja Melayu. Justeru itu, campur tangan dianggap jalan terbaik bagi British untuk mengelakkan fenomena ini.

FAKTOR SOSIAL
Penyebaran Agama Kristian
Kuasa  barat juga mempunyai keyakinan yang sama dengan menggunakan ungkapan tugas untuk menyebarkan  dan mengembangkan Agama Kristian di Asia Tenggara dan hasilnya ramai penduduk di tanah jajahan menganut agama ini. ( Gold, Gosper, and Glory )

Tahap-Tahap Nasionalisme Melayu
            Proses perkembangan nasionalisme Melayu dibahagikan kepada 3 tahap yang dipimpinoleh 3 golongan yang mempunyai latar belakang pendidikan yang berlainan, iaitu:
1.      Keagamaan-(Tahun  1906-1926, Pendidikan Arab)
2.      Sosiaekonomi-(Tahun 1926-1937, PendidikanInggeris)
3.      Politik-(Tahun 1937-1941, PendidikanMelayu)

Keagamaan
Pergerakan nasionalisme di Tanah Melayu pada dasarnya dipengaruhi oleh perkembangan dan perubahan yang berlaku dalam Islam. Perubahan besar tentang pandangan dan fikiran telah bermula di Mesir dan Turki iaitu pusat pengajian tinggi Islam yang utama ketika itu. Berbagai-bagai pembaharuan dan pandangan yang lebih moden dan sesuai dengan keadaan zaman telah dilahirkan di Mesir oleh Sheikh Mohammad Abduh dan Jamaluddin al-Afghani. Mereka telah melahirkan gerakan Pan-Islamism. Di Turki pula muncul Mustapha Kamal Attaturk (1880-1936) dan dibawah pimpinannya, Negara Turki sedang mengalami proses pemodenan.  Mereka sedar bahawa Islam memerlukan perubahan dan penafsiran baru dan sesuai untuk menghadapi cabaran dunia yang menghadapi perkembangan pesat.
Di peringkat permulaan, pelajar-pelajar Islam yang melanjutkan pelajaran keTimur Tengah telah memainkan peranan penting dalam mewujudkan kesedaran dikalangan orang-orang Melayu.  Pengaruh Pan-Islamism di Mesir dan penodenan Negara Turki telah member kesan yang mendalam dalam jiwa pelajar-pelajar  Islam dari Tanah Melayu dan juga Indonesia  yang  telah menubuhkan persatuan yang diberi nama Perkumpulan Indonesia-Malaya (Perpindom). Mereka bercita-cita untuk menubuhkan sebuah negara Malaya-Indonesia yangmerdeka dan berdaulat.
Sosiaekonami
Sungguhpun golongan agama menjadi pendorong kepada gerakan ke bangsaan di peringkat awalnya tetapi pengaruhnya mulai mesorot terutama dalam tahun-tahun 1920 sebabkan munculnya pemimpin-pemimpin yang mendapat didikan Melayu dan Inggeris. Mereka adalah lepasan dari Maktab Melayu Kuala Kangsar yang ditubuhkan dalam tahun 1905 dan dari Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim yang ditubuhkan dalam tahun 1922. Selain maktabini, banyak sekolah lain telah didirikan seperti Penang Free School (1816), Singapore Free School yang kemudian dikenal sebagai Raffles Institution (1823), Malacca Free School (1826), St. John Institution diKuala Lumpur (1905), King Edward VII Medical College di Singapura (1905) danRaffles College (1928).
Pemimpin-pemimpin Melayu lulusan MPSI merupakan golongan yang radikal. Mereka mendapat pengaruh dari perjuangan pemimpin  Indonesia dalam meninggikan taraf ekonomi dan penguasaan politik. Di Indonesia telah didirikan Budi Utomo dalam tahun 1908, Parti Sarekat Islam dalam tahun 1912, Parti Komunis Indonesia dalam tahun 1921 dan Parti Nasional Indonesia dalam tahun 1927.Selainitu, pemimpin Melayu mendapat pengajaran dari peristiwa yang berlaku dalam negeri iaitu pergolakan di kalangan orang Cina. Pada tahun 1927 telah berlaku perpecahan antara Kuomintang dengan PartiKomunis China. Perpecahan ini telah menimbulkan pertentangan di kalangan orang Cina termasuk di Tanah Melayu sendiri. Keadaan ini menyebabkan ramai orang Cina mengubah fikiran untuk menetap di sini dan menjadikan Tanah Melayu sebagai tanah air mereka. Mereka mula menuntut supaya mereka diberi hak dan keistimewaan.Peristiwa tersebut telah menyedarkan orang Melayu untuk mempertahankan kedudukan dan kepentingan mereka.Kegiatan pemimpin Melayu terutama pelajar MPSI bertambahgia tapabila mereka mempunyai hubungandengan pemimpin Indonesia dari Parti Komunis Indonesia yang telah melarikan diri ke Tanah Melayu selepas parti itu gagal melancarkan revolusi bersenjata dalam tahun 1926-1927. Di antara mereka yang melarikan diri ke Tanah Melayu ialahTan Malaka, Alimin, Musso, Semaun, Darsono, Sutan Jenin, Mukhtar Lufti dan lain-lain lagi. Pengaruh mereka sangat besar ke pada perjuangan pemimpin-pemimpin di Tanah Melayu seperti Ibrahim Yaacob.
Politik
Pergolakan politik di Indonesia telah member perangsang kepada pemimpin-pemimpin Melayu terutama yang bersifat radikal untuk bergiat lebih aktif. Oleh sebab itu, pada awal tahun 1938, Ibrahim YaacubdanIshak Haji Muhammad dengan bantuan Onan Haji Siraj, pensyarah Maktab Teknik Kuala Lumpur serta Mustaffa Haji Hessein, pensyarah Pertanian Serdang, telah menubuhkan Kesatuan MelayuMuda (KMM) yang merupakan parti politik Melayu yang radikal. Perjuangan KMM ialah mencapai kemerdekaan bagi Tanah Melayu dan bersatu dengan Indonesia dalam lengkungan Indonesia-Raya.Ternyata perjuangan KMM yang terlalu radikal tidak dipersetujui oleh beberapa pemimpin KMM sendiri seperti Ishak Haji Muhammad. Beliau berpendapat KMM hendaklah lebih memperjuangkan hak istimewa orang Melayu dalam pentadbiran, pelajaran dan ekonomi supaya orang Melayu tidak tertindas oleh orang mendatang.
Pada 6 Ogos 1939, semua kesatuan Melayu telah mengadakan satu kongres di Kuala Lumpur dan hasil dari kongres itu telah ditubuhkan sebuah persatuan kebangsaan yang  diberi nama PersatuanMelayu Se-Malaya. Pengerusinya ialahTengku Ismail binTengku Mohammad Yasin, pemimpin yang terkenal ketika itu.Walaubagaimanapun, persatuan itu masih bersifat bekerjasama dengan Inggeris dan konservatif.Dalam bulan Disember 1940, sekalilagi kongres diadakan di Singapura dan turut hadir sekali ialah wakil-wakil dari Sarawak dan Brunei.Telah diputuskan persatuan akan mengadakan kongresnya  yang ketiga di Ipoh, Perak, tetapi ia tidak dapat diadakan disebabkan meletusnya peperangan.

Pesatuan-pesatuan
Pada awal abad ke-20, muncul persatuan-persatuan yang membincangkan pelbagai persoalan bangsa Melayu.Tertumpu kepada isu ekonomi, pendidikan, bahasa, sastera, perpaduan dan pembelaan politik bangsa Contoh: Kesatuan Melayu Singapura, Persatuan sahabat Pena Malaya(PASPAM), Persatuan Melayu Miri, Persatuan Melayu Perak, Persatuan Melayu Selangor, Persatuan Melayu Negeri Sembilan, Persatuan Melayu Pahang, Persatuan Sabahat Pena di Jesselton, Labuan dan Tawau, Kesatuan Melayu Muda.
Kesatuan Melayu Singapura(KMS)
Ditubuhkan pada tahun 1926 di Singapura Pengasasnya(mendapat pendidikan Inggeris) – Mohammad Eunos Abdullah, Tengku Kadir Ali dan Embok Suloh Bertujuan untuk menjaga kepentingan sosioekonomi penduduk Melayu Singapura Peranan Mohammad Eunos Abdullah :
I.                   Menjadi wakil KMS dalam pentadbiran British
II.                Dilantik menjadi Ahli Majlis Perundangan Negeri-Negeri Selat(mewakili orang Melayu)
III.             Kejayaan beliau –kebajikan orang Melayu Singapura mendapat perhatian British, memperoleh sebuah kawasan penempatan khas bagi orang Melayu di Singapura.
IV.             Kesannya – mendorong penubuhan cawangan KMS di Melaka, Pulau Pinang dan negeri Melayu lain pada tahun 1930-an
Persatuan Sahabat Pena Malaya(PASPAM)
Ditubuhkan pada tahun 1934 dan dipimpin oleh S.M. Zainal Abidin B.A
Tujuan penubuhan:
I.                   Menggalakkan ahli-ahlinya berkenal-kenalan & bertukar-tukar pendapat bagi memajukan diri sendiri dan bangsa
II.                Organisasi PASPAM yang kemas dan mempunyai perlembagaannya sendiri telah mendapat sambutan hangat
III.             Walaupun tidak bersifat parti politik tetapi kegiatan sosial PASPAM menjadi asas kepada kesedaran perpaduan Melayu
PERSATUAN NEGERI-NEGERI
Persatuan negeri juga ditubuhkan di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu seperti di Perak(1937), Selangor(1938), Negeri Sembilan(1938) dan Pahang(1938)
Objektif penubuhan- untuk menggabungkan tenaga intelektual Melayu bagi membincangkan nasib orang Melayu dalam soal ekonomi, pendidikan & perkhidmatan kerajaan.
Kesatuan Melayu Muda
Ditubuhkan pada tahun 1939 dan dipimpin oleh Ibrahim Haji Yaakob(wartawan akhbar Majlis).
Objektif
  • Menggalakkan perpaduan pemuda Melayu di seluruh Semenanjung
  • Meningkatkan tahap pendidikan orang Melayu
  • Tujuan penubuhan KMM ialah lebih bersifat politik
  • KMM bekerjasama dengan Jepun pada akhir tahun 1940 untuk menghalau British dari Tanah Melayu

Reaksi Awal Masyarakat Tempatan

NANING
Perjanjian Inggeris-Belanda pada tahun 17 Mac 1824, meletakkan Melaka (Naning di sempadan antara Melaka dan Negeri Sembilan) sebagai sebahagian wilayah takluk mereka tidak disetujui oleh penduduk tempatan dan Penghulu Dol Said mengingkari arahan supaya membayar 1/10 hasilnya kepada kerajaan British. Pada tahun 1831, tentera yang dihantar oleh British untuk menakluk Naning telah gagal disebabkan Dol Said mendapat bantuan daripada Yam Tuan Rembau, Penghulu Remai dan Penghulu Gemencheh. Pada tahun 1832, dengan 1200 tentera British telah Berjaya menawan Dol Said yang tidak dapat bantuan sesiapa. Dol Said telah menyerah diri dan dibenarkan menetap di Melaka.

Andrew Clark

SELANGOR
Perang Saudara antara keluarga Raja Sulaiman (peguasa daerah Klang) dengan Keluarga Raja Abdullah berlaku apabila kemangkatan Raja Sulaiman menyebabkan Sultan Selangor mengurniakan daerah Klang kepada Raja Abdullah. Raja Mahadi (Anak Raja Sulaimam) memusuhi Raja Abdullah dan pada tahun 1867, Berjaya mengusir Raja Abdullah dari Klang tetapi hal demikian mengakibatkan Raja Ismail (anak Raja Abdullah) memusuhi pula dengan Raja Mahadi. Pada tahun 1868, Sultan Selangor melantikkan Tengku Kudin sebagai Wizurai Selangor untuk meleraikan permusuhan tersebut. Tetapi Wizurai berpihak kepada Raja Mahidi. Dengan sokongan pihak British dan Tengku Kudin, kuasa Raja Ismail menjadi lebih teguh. Tentangan daripada Raja Mahadi sudah menampakkan tentangan penduduk tempatan terhadap penjajahan British.[1]

PERAK
5 punca penentangan di Perak
i.)   J.W.W Birch yang sebagai Residen Perak telah mengesampingkan kuasa sebagai penasihat
ii.)  Hak pembesar telah dihapuskan akibat sistem cukai
iii.) Penguasaan British di kawasan Pembesr
iv.) British mencampur tangan dalam adatresam dan hal ehwal tempatan.
v.)  J.W.W Birch tidak menghomati sistem sosial tempatan dan tidak tahu berbahasa Melayu.[2]

Pada Februari 1875 Sultan Abdullah, Dato’ Maharaja Lela dan Pembesar Melayu Perak telah menyanggah terhadap campur tangan British. Dato’ Maharaja Lela telah membina baluarti di Pasir Salak. 13 November 1876, 500 tentera British telah melancarkan serangan terhadap Pasir Salak dan kawasan lain yang terlibat. Dato’ Maharaja Lela , Dato’ Sagor, Pandak Lam, Seputum dan Pandak Induk dihukum gantung di Matang pada Januari 1879. Sultan Ismail dibuang negeri ke Johor . Sultan Abdullah, Ngah Ibrahim, Syabandar dan Laksamana dibuang ke Pulau Seycheles.[3]

PAHANG
Pihak British telah melantik Residen---J.P Rodger yang berpangkat tinggi daripada wakil konsul British---Hugh Clifford. Hal demikian telah menyebabkan perkara-perkara tersebut tertimpa pada masyarakat Pahang:
i.) Sultan dan pembesar-pembesar Melayu kehilangan kuasa dan keistimewaan.
      - Kebebasan pembesar-pembesar Melayu dari segi ekonimi tersekat.
      -sistem kerah dan hamba abdi telah dihapuskan
      -Kes-kes jenayah tidak boleh lagi dihakimi oleh pembesar-pembesar Melayu.
      -Dalam Majilis Negeri, segala keputusan penting dibuat sepenuhnya oleh Residen British.[4]
      -Kuasa Dato’ Bahaman sebagai Orang Kaya Setia Perkasa Pahlawan Semantan, Dato’ Bahaman
       Maharaja Perba Kelai, Orang Kaya Chenor, Orang Kaya Temerloh dan Orang Kaya Sematan terhakis.
ii.) Ketidakpuas hati Sultan Ahmad, Datik Bahaman dan Tok Gajah
      -British telah memaksa Sultan Ahmad  menandatangani surat penyerahan kuasa kepada Tengku
       Mahmud (digemari British). Selain itu, British juga enggan menambah elaun Dato Bahaman yang
       sebelum ini hanya berjumlah $70 sahaja. Rayuan Tok Gajah untuk menambahkan elaun bulanan juga
       tidak dilayan.[5]
iii.) Ketidakpuas hati rakyat Pahang
      -Pihak British telah memperkenalkan sistem lessen dan permit bagi keiinginan untuk memungut hasil
       hutan seperti kayu dan rumbia. Rakyat turut tidak dibenarkan untuk memakai keris seperti biasa. Cukai
       tanah sistem kerah akan dikenakan terhadap mereka yang melanggar arahan kerah dan akan denda
       jumlah $25 atau dipenjarakan tiga bulan

Rasa tidak puas hati ini telah mencetuskan pemberontakan pada bulan Disember 1891. Pemberontakan ini telah diketuai oleh Dato Bahaman, Mat Kilau dan Tok Gajah dan disertai oleh 700 orang pengikut. Pemberontakan ini berakhir apabila Dato Bahaman dan pengikutnya telah ditewaskan pada 1895 dan terpaksa menyerah diri. Dato Bahaman melarikan diri ke Siam manakala Tok Gajah dan Mat Kilau telah membawa diri ke Terengganu.[6]

KELANTAN
i.) Ketidakpuasan hati Engku Besar Jeram
     -Perlantikan pegawai daerah di Pasir Puteh telah mengakibatkan kehilangan kuasa tradisional
       pembesar Melayu iaitu Engku Besar Jeram Tun Ahmad. Beliau telah kehilangan kuasa dan dipaksa
       membayar cukai.
ii.) Pengenalan Sistem Tanah Baharu 1915
      -Sistem tanah baharu ini diperkenalkan bahawa orang ramai perlu membayar sewa yang tetap.
iii.) Pengenalan cukai pertanian dan penternakan
      -British telah mengenakan cukai terhadap hasil tanaman utama penduduk Kelantan iaitu padi dan
       kelapa. Penternakan seperti lembu, anjing, kerbau dan khinzir turut dikenakan cukai.
iv.) Sikap Pegawai Daerah Pasir Puteh
      -Pegawai Daerah Pasir Puteh yang dilantik oleh British iaitu Che Abdul Latif ialah seorang yang kasar
       dan terlalu tegas. Beliau telah mencaci pembayar cukai yang lewat.

Akibat rasa ketidakpuas hati, Tok Janggut telah mencetuskan penentangan di daerah Pasir Pureh pada 29 April 1915. Tetapi British dengan bantuan Sutan Kelantan, penentangan tersebut Berjaya ditumpaskan dan Tok Janggut telah dibunuh pada 24 Jun 1915. Mayatnya diarak seluruh pecan Kota Bharu dan digantung di pasar kepada penduduk tempatan yang berani menentang British.

TERENGGANU
Haji Abdul Limbong (HARL)- Mengetuai penentangan yang dikenali sebagai Pemberontakan Tani pada tahun 1928. Terlibat dengan sebahagian besar golongan petani pada zaman pemerintahan Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah. Punca-punca pemberontakan berlaku:
i.) Sistem cukai yang  mengenakan ke atas tanah, hasil tanah dan cukai kepala.
ii.) British memperkenalkan sistem pendidikan barat yang berbeza dengan sistem pendididkan tradisional.
iii.) British memperkenalkan Pas Kebenaran kepada sesiapa yang membuka tanah, bercucuk tanam dan
       memungut hasil hutan yang sebelum ini menjadi hak awam.

Penduduk tempatan melancarkan serangan bersenjata pada Mei 1928 dan berjaya menguasai Kuala Berang. Dengan menggunakan nama sultan, British menghantar 3 orang pembesar dan menawan semula Kuala Berang. 25 orang polis menyerang Kuala Telemong dan menumpaskan kebangkitan penduduk tempatan. Haji Limbong telah ditahan dan dibuang negeri ke Mekah.[7]

SARAWAK
Sebelum Perang Dunia Kedua, Sarawak ditadbir oleh Dinasti Brooke iaitu James Brooke, Charles Brooke, dan Charles Vyner Brooke. Semasa pemerintahan dinasti ini terdapat  beberapa pemberontakan seperti:
Pada tahun 1853 James Brooke telah menghapuskan amalan pemburuan kepala. Hal ini telah menimbulkan kemarhan kaum Iban kerana ia merupakan amalan tradisional masyarakat tersebut. Rentap telah mengetuai penentangan terhadap Brooke di mana beliau telah menyerang kubu kerajaan dan berjaya membunuh pegawai Inggeris. British telah cuba membunuh Rentap tetapi tidak berjaya.
Pada tahun 1859 di bawah pentadbiran Charles Brooke pula, pembesar tempatan di bawah Syariff Masahor dan Abdul Ghapur telah membunuh pegawai British iaitu Fox dan Steele. Charles Brooke telah membalas serangan tersebut dan menyebabkan Abdul Ghapur telah dibuang negeri ke Singapura manakala Syariff Masahor telah melarikan diri ke Brunei.
Pada tahun 1893 semasa pentadbiran Charles Brooke, masyarakat Iban telah menyerang Brooke di hulu Sungai Batang Lupar. Ia berpuncanya daripada tindakan  Brooke yang telah menghapuskan adat dan amalan tradisi mereka.
Pada tahun 1920 di bawah pemerintahan Vyner Brooke, masyarakat Dayak telah menentang pembayaran cukai dan memberontak di Sungai Kanowit. Ia diketuai oleh Penghulu Asun.

SABAH
Sebelum Perang Dunia Kedua, Sabah ditadbir oleh Syarikat Borneo Utara British. Dua pemberontakan yang pernah tercetus adalah pemberontakan Mat Salleh dan pemberontakan Rundum.
a.  Pemberontakan Mat Salleh
-Mat Salleh tidak suka dengan pembangunan yang dilakukan oleh pihak British sehingga menyukarkan
 rakyat. Oleh itu pada tahun 1894, beliau telah mengetuai satu pemberontakan di Sungai Sugut. Pada
 tahun 1895, British telah menyerang Kampung Mat Salleh. Mat Salleh telah memberontak dan
 membakar perkampungan Gaya yang memusnahkan rumah dan Pejabat Residen di Ambong. Akhirnya
 Mat Salleh terbunuh dalam satu pertempuran pada 31 Januari 1900.
b. Pemberontakan Rundum
-Pemberontakan ini telah dicetuskan oleh kaum Murut. Ia tercetus pada Febuari 1915 di daerah
 Rundum dan diketuai oleh tokoh tempatan yang bernama Antanum. Faktor-faktor pemberontakan
 tersebut adalah :
       i.) Pengenalan cukai terhadap beras dan ubi kayu yang digunakan untuk membuat tapai. Ini
            menimbulkan kemarahan rakyat tempatan kerana tapai merupakan  makanan tradisi masyarakat
            Murut.
        ii.) Pengenalan Ordinan yang melarang tindakan membersihkan hutan untuk pertanian pindah.
        iii.) Mengerahkan rakyat tempatan membina jalan-jalan kecil di hutan tanpa sebarang upah
Pemberontakan ini terdiri daripada 1000 orang yang telah menyerang dan membakar pejabat kerajaan di persidangan. Antanum telah ditawan oleh British dan dihukum bunuh.[8]
Mat Salleh



_________________________________________________________________________________
[2] Sh.Arbiyah, 2006  Nota Bestari Sejarah Malaysia Tingkatan 5, Ooi Ah Kow Press SDN.BHD. m/s 15
[3] Sh.Arbiyah, 2006  Nota Bestari Sejarah Malaysia Tingkatan 5, Ooi Ah Kow Press SDN.BHD. m/s 16
[4] Mardiana Nordin, Hasnah Hussin (2004), Pengajian Malaysia, hlm 59
[6] Sh.Arbiyah, 2006  Nota Bestari Sejarah Malaysia Tingkatan 5, Ooi Ah Kow Press SDN.BHD. m/s 17
[7] Sh.Arbiyah, 2006  Nota Bestari Sejarah Malaysia Tingkatan 5, Ooi Ah Kow Press SDN.BHD. m/s 18


KESIMPULAN
Penjajahan British di Tanah Melayu meninggalkan kesan yang sangat mendalam terutama nya dari aspek politik, ekonomi dan sosial.Ketiga-tiga aspek tersebut mengalami perubahan yang sangat mendadak dan mengubah terus Tanah Melayu menjadi negeri jajahan yang memberikan keuntungan kepada pihak British.Kesan yang paling ketara sehingga hari ini ialah kewujudan masyarakat majmuk yang berbilang kaum.Kaum Cina dan India dibawa ke Tanah Melayu oleh British sebagai tenaga kerja untuk eksploitasi ekonomi pihak British.Pola petempatan mengikut kaum yang diujdkan semasa penjajahan British juga masih kekal sehingga ke hari ini.Dengan merujuk sistem pentadbiran British, kerajaan Malaysia sekarang terus berjaya membentuk negara Malaysia yang maju dan aman makmur.

Nama Ahli Kumpulan
1.Gordon Cheah Dee Yo 16DEM15F1086
2. Loh Guan Yu 16DEM15F1085
3. Tan Kheng Chia 16DEM15F1084
4. Sri vighneshram 16DEM15F1041
5. Suriya 16DEM15F1999