PENDUDUKAN BRITISH DI TANAH MELAYU
Zaman kolonialisme British adalah
zaman berlakunya eksploitasi kekayaan dan penindasan bagi golongan yang dijajah
melalui konsep kebebasannya.
Pengeksploitasian yang berlaku hanya menguntungkan pihak kolonial British semata-mata manakala bagi masyarakat setempat pula, ianya terus berada pada takuk lama.
British mula menjajah Tanah Melayu pada tahun 1786 melalui perjanjian antara Sir Francis Light dengan Sultan Kedah. Selepas itu British terus meluaskan kuasa serta pengaruhnya di Kepulauan Melayu dan mereka juga menerokai serta mengeksploitasi hasil bumi di Tanah Melayu.
Pengeksploitasian yang berlaku hanya menguntungkan pihak kolonial British semata-mata manakala bagi masyarakat setempat pula, ianya terus berada pada takuk lama.
British mula menjajah Tanah Melayu pada tahun 1786 melalui perjanjian antara Sir Francis Light dengan Sultan Kedah. Selepas itu British terus meluaskan kuasa serta pengaruhnya di Kepulauan Melayu dan mereka juga menerokai serta mengeksploitasi hasil bumi di Tanah Melayu.
Faktor-Faktor Campur Tangan British
Secara
umumnya terdapat beberapa faktor yang menyebabkan berlakunya campur tangan dan
perluasan kuasa Inggeris di negeri-negeri Melayu termasuk Sabah dan Sarawak.
Antara faktor-faktor tersebut seperti faktor ekonomi, politik dan sosial.
FAKTOR EKONOMI
Pada kurun ke-19, beberapa ciptaan terbaru
telah berjaya ditemui yang memerlukan penggunaan bijih timah. Bijih timah amat
diperlukan dalam perusahaan mengetin makanan dan minuman. Pelaksanaan dasar
imperialisme Barat ini adalah lanjutan kepada perkembangan sistem ekonomi
kapitalisme dan pengamalan suatu dasar ekonomi yang dikenali sebagai
merkantilisme pada abad ke-16 dan ke-17. Kapitalisme ialah sistem ekonomi yang
menggalakan pengumpulan modal, hak milik persendirian, persaingan untuk pasaran
dan perniagaan untuk keuntungan. Sementara merkantilisme merupakan sistem yang
menjadikan sesebuah negara
kaya dan berkuasa. Dengan kata lain, sistem ini menekankan kekayaan dan
kekuasaan sesebuah negara.
Rentetan itu, pihak barat terutamanya British
berlumba-lumba melaksanakan dasar imperialisme bagi tujuan menambahkan sumber
dan hasil ekonomi mereka.Tanah Melayu amat terkenal dengan kekayaan hasil bumi,
ini merupakan sebab utama British ingin menjajah dan menguasai segala punca
ekonomi dan mengeksploitasi hasil bumi yang ada. Apa yang jelas ialah
pelaksanaan dasar kolonialisme British khasnya ke atas Tanah Melayu bertujuan
untuk mendapatkan keperluan bahan mentah dan mengembangkan pasaran dan
pelaburan British.
Stamford Raffles |
FAKTOR POLITIK
a.) Masalah
yang berlaku di negeri-negeri
Melayu.
Perang saudara
antara pembesar-pembesar Melayu dalam merebut takhta dan kawasan. Contohnya di
Perak, British mengambil kesempatan ini akibat perebutan takhta kerajaan Perak
dan perbalahan antara kumpulan kongsi gelap Cina.
British campur
tangan di Selangor kerana mengambil kesempatan dari perbalahan
pembesar-pembesar Melayu iaitu antara Raja Abdullah dan Raja Mahadi yang
bersaing untuk menguasai daerah Klang yang kaya dengan Bijih Timah.
b.) Perubahan Politik dan Dasar di Britain
Pihak Barat telah
melaksanakan dasar kolonialisme dan imperialismenya dalam usaha mengembangkan
pengaruhnya ke seluruh pelusuk dunia. Perkembangan dasar ini adalah hasil
daripada perubahan sistem politik, pandangan hidup, dan penciptaan teknologi
baru. Semenanjung Tanah Melayu
adalah destinasi yang menjadi tumpuan utama pihak Barat terutamanya British kerana banyak sumber dan hasil bumi yang
belum dieksploitasi oleh penduduk tempatan.
Pihak British
telah melihat Semenanjung Tanah Melayu sebagai pangkalan utama yang boleh
mendatangkan keuntungan besar kepada mereka untuk menyokong perkembangan yang
berlaku di dalam negara. Pembukaan Terusan Suez dalam tahun 1869,
mempercepatkan urusan perdagangan. Kesan daripada perkembangan ini, kegiatan
perdagangan antara Asia dan Benua Eropah semakin meningkat kerana perjalanan
yang jauh antara kedua-dua kawasan ini telah dipendekkan. Peningkatan
perdagangan ini dapat dilihat daripada pembukaan beberapa pelabuhan yang baru
seperti Singapura yang telah menjadi pelabuhan antarabangsa
selepas tahun 1870.
c. Faktor
Kebimbangan Campur Tangan Kuasa-Kuasa Asing
Selain British,
kuasa Barat lain seperi Perancis, Itali, Jerman, dan Rusia sedang bersaing
untuk meluaskan jajahan taklukan masing-masing. Pada tahun 1870-an kuasa-kuasa asing seperti Itali,
Perancis, Jerman dan Rusia bersaing untuk mendapatkan tanah jajahan yang akan
dijadikan sebagai pembekal bahan-bahan mentah.
Tanpa pengawalan
politik dan campur tangan dalam pentadbiran tempatan, kuasa-kuasa ini boleh
masuk dengan mudah melalui persahabatan dan hubungan perekonomian dengan
raja-raja Melayu. Justeru itu, campur tangan dianggap jalan terbaik bagi
British untuk mengelakkan fenomena ini.
FAKTOR SOSIAL
Penyebaran
Agama Kristian
Kuasa barat juga mempunyai keyakinan yang
sama dengan menggunakan ungkapan tugas untuk menyebarkan dan mengembangkan Agama Kristian di
Asia Tenggara dan hasilnya ramai penduduk di tanah jajahan menganut agama ini. ( Gold, Gosper, and Glory )
Tahap-Tahap Nasionalisme Melayu
Proses perkembangan nasionalisme Melayu dibahagikan kepada 3
tahap yang dipimpinoleh 3 golongan yang mempunyai latar belakang pendidikan
yang berlainan, iaitu:
1.
Keagamaan-(Tahun 1906-1926, Pendidikan Arab)
2.
Sosiaekonomi-(Tahun
1926-1937, PendidikanInggeris)
3.
Politik-(Tahun
1937-1941, PendidikanMelayu)
Keagamaan
Pergerakan nasionalisme di Tanah Melayu pada dasarnya
dipengaruhi oleh perkembangan dan perubahan yang berlaku dalam Islam. Perubahan
besar tentang pandangan dan fikiran telah bermula di Mesir dan Turki iaitu pusat pengajian tinggi Islam yang utama ketika
itu. Berbagai-bagai pembaharuan dan pandangan yang lebih moden dan sesuai dengan
keadaan zaman telah dilahirkan di Mesir oleh Sheikh Mohammad Abduh dan Jamaluddin al-Afghani. Mereka telah melahirkan
gerakan Pan-Islamism. Di Turki pula
muncul Mustapha Kamal Attaturk
(1880-1936) dan dibawah pimpinannya, Negara Turki sedang mengalami proses
pemodenan. Mereka sedar bahawa Islam memerlukan
perubahan dan penafsiran baru dan sesuai untuk menghadapi cabaran dunia yang
menghadapi perkembangan pesat.
Di peringkat permulaan, pelajar-pelajar Islam yang
melanjutkan pelajaran keTimur Tengah telah
memainkan peranan penting dalam mewujudkan kesedaran dikalangan orang-orang
Melayu. Pengaruh Pan-Islamism di Mesir dan
penodenan Negara Turki telah member kesan yang mendalam dalam jiwa pelajar-pelajar
Islam dari Tanah Melayu dan juga
Indonesia yang telah menubuhkan persatuan yang diberi nama Perkumpulan Indonesia-Malaya (Perpindom).
Mereka bercita-cita untuk menubuhkan sebuah negara Malaya-Indonesia yangmerdeka
dan berdaulat.
Sosiaekonami
Sungguhpun golongan agama menjadi pendorong kepada gerakan ke
bangsaan di peringkat awalnya tetapi pengaruhnya mulai mesorot terutama dalam tahun-tahun
1920 sebabkan munculnya pemimpin-pemimpin yang mendapat didikan Melayu dan Inggeris.
Mereka adalah lepasan dari Maktab Melayu
Kuala Kangsar yang ditubuhkan dalam tahun 1905 dan dari Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim yang ditubuhkan dalam
tahun 1922. Selain maktabini, banyak sekolah lain telah didirikan seperti Penang Free School (1816), Singapore Free
School yang kemudian dikenal sebagai
Raffles Institution (1823), Malacca Free School (1826), St. John Institution
diKuala Lumpur (1905), King Edward VII Medical College di Singapura (1905)
danRaffles College (1928).
Pemimpin-pemimpin Melayu lulusan MPSI merupakan golongan yang radikal. Mereka mendapat pengaruh dari
perjuangan pemimpin Indonesia dalam meninggikan
taraf ekonomi dan penguasaan politik. Di Indonesia telah didirikan Budi Utomo dalam tahun 1908, Parti Sarekat Islam dalam tahun 1912,
Parti Komunis Indonesia dalam tahun 1921
dan Parti Nasional Indonesia dalam tahun
1927.Selainitu, pemimpin Melayu mendapat pengajaran dari peristiwa yang berlaku
dalam negeri iaitu pergolakan di kalangan orang Cina. Pada tahun 1927 telah berlaku
perpecahan antara Kuomintang dengan PartiKomunis
China. Perpecahan ini telah menimbulkan pertentangan di kalangan orang Cina
termasuk di Tanah Melayu sendiri. Keadaan ini menyebabkan ramai orang Cina mengubah
fikiran untuk menetap di sini dan menjadikan Tanah Melayu sebagai tanah air mereka.
Mereka mula menuntut supaya mereka diberi hak dan keistimewaan.Peristiwa tersebut
telah menyedarkan orang Melayu untuk mempertahankan kedudukan dan kepentingan mereka.Kegiatan
pemimpin Melayu terutama pelajar MPSI bertambahgia tapabila mereka mempunyai hubungandengan
pemimpin Indonesia dari Parti Komunis Indonesia yang telah melarikan diri ke
Tanah Melayu selepas parti itu gagal melancarkan revolusi bersenjata dalam tahun
1926-1927. Di antara mereka yang melarikan diri ke Tanah Melayu ialahTan Malaka, Alimin, Musso, Semaun, Darsono,
Sutan Jenin, Mukhtar Lufti dan lain-lain lagi. Pengaruh mereka sangat besar
ke pada perjuangan pemimpin-pemimpin di Tanah Melayu seperti Ibrahim Yaacob.
Politik
Pergolakan politik di Indonesia telah member perangsang kepada
pemimpin-pemimpin Melayu terutama yang bersifat radikal untuk bergiat lebih aktif.
Oleh sebab itu, pada awal tahun 1938,
Ibrahim YaacubdanIshak Haji Muhammad dengan bantuan Onan Haji Siraj, pensyarah Maktab
Teknik Kuala Lumpur serta Mustaffa
Haji Hessein, pensyarah Pertanian Serdang,
telah menubuhkan Kesatuan MelayuMuda
(KMM) yang merupakan parti politik Melayu yang radikal. Perjuangan KMM ialah mencapai
kemerdekaan bagi Tanah Melayu dan bersatu dengan Indonesia dalam lengkungan Indonesia-Raya.Ternyata perjuangan KMM
yang terlalu radikal tidak dipersetujui oleh beberapa pemimpin KMM sendiri seperti
Ishak Haji Muhammad. Beliau berpendapat
KMM hendaklah lebih memperjuangkan hak istimewa orang Melayu dalam pentadbiran,
pelajaran dan ekonomi supaya orang Melayu tidak tertindas oleh orang mendatang.
Pada 6 Ogos 1939, semua kesatuan Melayu telah mengadakan satu kongres
di Kuala Lumpur dan hasil dari kongres itu telah ditubuhkan sebuah persatuan kebangsaan
yang diberi nama PersatuanMelayu Se-Malaya. Pengerusinya ialahTengku Ismail binTengku Mohammad Yasin, pemimpin yang terkenal ketika
itu.Walaubagaimanapun, persatuan itu masih bersifat bekerjasama dengan Inggeris
dan konservatif.Dalam bulan Disember 1940, sekalilagi kongres diadakan di
Singapura dan turut hadir sekali ialah wakil-wakil dari Sarawak dan
Brunei.Telah diputuskan persatuan akan mengadakan kongresnya yang ketiga di Ipoh, Perak, tetapi ia tidak dapat
diadakan disebabkan meletusnya peperangan.
Pesatuan-pesatuan
Pada awal abad ke-20, muncul
persatuan-persatuan yang membincangkan pelbagai persoalan bangsa
Melayu.Tertumpu kepada isu ekonomi, pendidikan, bahasa, sastera, perpaduan dan
pembelaan politik bangsa Contoh: Kesatuan Melayu Singapura, Persatuan sahabat
Pena Malaya(PASPAM), Persatuan Melayu Miri, Persatuan Melayu Perak, Persatuan
Melayu Selangor, Persatuan Melayu Negeri Sembilan, Persatuan Melayu Pahang,
Persatuan Sabahat Pena di Jesselton, Labuan dan Tawau, Kesatuan Melayu Muda.
Kesatuan Melayu Singapura(KMS)
Ditubuhkan pada tahun 1926 di Singapura Pengasasnya(mendapat pendidikan
Inggeris) – Mohammad Eunos Abdullah, Tengku Kadir Ali dan Embok Suloh Bertujuan
untuk menjaga kepentingan sosioekonomi penduduk Melayu Singapura Peranan
Mohammad Eunos Abdullah :
I.
Menjadi wakil
KMS dalam pentadbiran British
II.
Dilantik menjadi
Ahli Majlis Perundangan Negeri-Negeri Selat(mewakili orang Melayu)
III.
Kejayaan beliau
–kebajikan orang Melayu Singapura mendapat perhatian British, memperoleh sebuah
kawasan penempatan khas bagi orang Melayu di Singapura.
IV.
Kesannya –
mendorong penubuhan cawangan KMS di Melaka, Pulau Pinang dan negeri Melayu lain
pada tahun 1930-an
Persatuan Sahabat Pena Malaya(PASPAM)
Ditubuhkan pada tahun 1934 dan dipimpin oleh S.M. Zainal Abidin B.A
Tujuan penubuhan:
I.
Menggalakkan
ahli-ahlinya berkenal-kenalan & bertukar-tukar pendapat bagi memajukan diri
sendiri dan bangsa
II.
Organisasi
PASPAM yang kemas dan mempunyai perlembagaannya sendiri telah mendapat sambutan
hangat
III.
Walaupun tidak
bersifat parti politik tetapi kegiatan sosial PASPAM menjadi asas kepada
kesedaran perpaduan Melayu
PERSATUAN NEGERI-NEGERI
Persatuan negeri juga ditubuhkan di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu
seperti di Perak(1937), Selangor(1938), Negeri Sembilan(1938) dan Pahang(1938)
Objektif penubuhan- untuk menggabungkan tenaga intelektual Melayu bagi
membincangkan nasib orang Melayu dalam soal ekonomi, pendidikan &
perkhidmatan kerajaan.
Kesatuan Melayu Muda
Ditubuhkan pada tahun 1939 dan dipimpin oleh Ibrahim Haji
Yaakob(wartawan akhbar Majlis).
Objektif
- Menggalakkan perpaduan
pemuda Melayu di seluruh Semenanjung
- Meningkatkan tahap
pendidikan orang Melayu
- Tujuan penubuhan KMM
ialah lebih bersifat politik
- KMM bekerjasama dengan Jepun pada akhir tahun 1940 untuk menghalau British dari Tanah Melayu
Reaksi Awal Masyarakat Tempatan
NANING
Perjanjian Inggeris-Belanda pada tahun 17 Mac 1824,
meletakkan Melaka (Naning di sempadan antara Melaka dan Negeri Sembilan) sebagai
sebahagian wilayah takluk mereka tidak disetujui oleh penduduk tempatan dan
Penghulu Dol Said mengingkari arahan supaya membayar 1/10 hasilnya kepada
kerajaan British. Pada tahun 1831, tentera yang dihantar oleh British untuk
menakluk Naning telah gagal disebabkan Dol Said mendapat bantuan daripada Yam
Tuan Rembau, Penghulu Remai dan Penghulu Gemencheh. Pada tahun 1832, dengan
1200 tentera British telah Berjaya menawan Dol Said yang tidak dapat bantuan
sesiapa. Dol Said telah menyerah diri dan dibenarkan menetap di Melaka.
Andrew Clark |
SELANGOR
Perang Saudara antara keluarga Raja Sulaiman (peguasa
daerah Klang) dengan Keluarga Raja Abdullah berlaku apabila kemangkatan Raja
Sulaiman menyebabkan Sultan Selangor mengurniakan daerah Klang kepada Raja
Abdullah. Raja Mahadi (Anak Raja Sulaimam) memusuhi Raja Abdullah dan pada
tahun 1867, Berjaya mengusir Raja Abdullah dari Klang tetapi hal demikian
mengakibatkan Raja Ismail (anak Raja Abdullah) memusuhi pula dengan Raja
Mahadi. Pada tahun 1868, Sultan Selangor melantikkan Tengku Kudin sebagai
Wizurai Selangor untuk meleraikan permusuhan tersebut. Tetapi Wizurai berpihak
kepada Raja Mahidi. Dengan sokongan pihak British dan Tengku Kudin, kuasa Raja
Ismail menjadi lebih teguh. Tentangan daripada
Raja Mahadi sudah menampakkan tentangan penduduk tempatan terhadap penjajahan
British.[1]
PERAK
5 punca penentangan di Perak
i.) J.W.W Birch
yang sebagai Residen Perak telah mengesampingkan kuasa sebagai penasihat
ii.) Hak pembesar
telah dihapuskan akibat sistem cukai
iii.) Penguasaan British di
kawasan Pembesr
iv.) British mencampur tangan
dalam adatresam dan hal ehwal tempatan.
v.) J.W.W Birch tidak menghomati sistem sosial
tempatan dan tidak tahu berbahasa Melayu.[2]
Pada Februari 1875 Sultan
Abdullah, Dato’ Maharaja Lela dan Pembesar Melayu Perak telah menyanggah
terhadap campur tangan British. Dato’ Maharaja Lela telah membina baluarti di
Pasir Salak. 13 November 1876, 500 tentera British telah melancarkan serangan
terhadap Pasir Salak dan kawasan lain yang terlibat. Dato’ Maharaja Lela ,
Dato’ Sagor, Pandak Lam, Seputum dan Pandak Induk dihukum gantung di Matang
pada Januari 1879. Sultan Ismail dibuang negeri ke Johor . Sultan Abdullah,
Ngah Ibrahim, Syabandar dan Laksamana dibuang ke Pulau Seycheles.[3]
PAHANG
Pihak British telah melantik
Residen---J.P Rodger yang berpangkat tinggi daripada wakil konsul
British---Hugh Clifford. Hal demikian telah menyebabkan perkara-perkara
tersebut tertimpa pada masyarakat Pahang:
i.) Sultan dan
pembesar-pembesar Melayu kehilangan kuasa dan keistimewaan.
- Kebebasan
pembesar-pembesar Melayu dari segi ekonimi tersekat.
-sistem kerah dan hamba abdi telah
dihapuskan
-Kes-kes jenayah tidak boleh lagi dihakimi oleh pembesar-pembesar
Melayu.
-Dalam Majilis Negeri, segala keputusan
penting dibuat sepenuhnya oleh Residen British.[4]
-Kuasa Dato’ Bahaman sebagai Orang Kaya
Setia Perkasa Pahlawan Semantan, Dato’ Bahaman
Maharaja Perba Kelai, Orang Kaya Chenor,
Orang Kaya Temerloh dan Orang Kaya Sematan terhakis.
ii.) Ketidakpuas hati Sultan
Ahmad, Datik Bahaman dan Tok Gajah
-British telah memaksa Sultan
Ahmad menandatangani surat
penyerahan kuasa kepada Tengku
Mahmud (digemari British).
Selain itu, British juga enggan menambah elaun Dato Bahaman yang
sebelum ini hanya berjumlah
$70 sahaja. Rayuan Tok Gajah untuk menambahkan elaun bulanan juga
tidak dilayan.[5]
iii.) Ketidakpuas hati rakyat Pahang
-Pihak British telah
memperkenalkan sistem lessen dan permit bagi keiinginan untuk memungut hasil
hutan seperti kayu dan rumbia.
Rakyat turut tidak dibenarkan untuk memakai keris seperti biasa. Cukai
tanah sistem kerah akan
dikenakan terhadap mereka yang melanggar arahan kerah dan akan denda
jumlah $25 atau dipenjarakan
tiga bulan
Rasa tidak puas hati ini telah mencetuskan pemberontakan
pada bulan Disember 1891. Pemberontakan ini telah diketuai oleh Dato Bahaman,
Mat Kilau dan Tok Gajah dan disertai oleh 700 orang pengikut. Pemberontakan ini
berakhir apabila Dato Bahaman dan pengikutnya telah ditewaskan pada 1895 dan
terpaksa menyerah diri. Dato Bahaman melarikan diri ke Siam manakala Tok Gajah
dan Mat Kilau telah membawa diri ke Terengganu.[6]
KELANTAN
i.) Ketidakpuasan
hati Engku Besar Jeram
-Perlantikan
pegawai daerah di Pasir Puteh telah mengakibatkan kehilangan kuasa tradisional
pembesar Melayu iaitu Engku Besar Jeram
Tun Ahmad. Beliau telah kehilangan kuasa dan dipaksa
membayar cukai.
ii.) Pengenalan
Sistem Tanah Baharu 1915
-Sistem tanah baharu ini diperkenalkan bahawa
orang ramai perlu membayar sewa yang tetap.
iii.) Pengenalan cukai pertanian dan penternakan
-British telah
mengenakan cukai terhadap hasil tanaman utama penduduk Kelantan iaitu padi dan
kelapa. Penternakan seperti lembu,
anjing, kerbau dan khinzir turut dikenakan cukai.
iv.) Sikap Pegawai Daerah Pasir Puteh
-Pegawai Daerah Pasir Puteh yang dilantik
oleh British iaitu Che Abdul Latif ialah seorang yang kasar
dan terlalu tegas. Beliau telah mencaci
pembayar cukai yang lewat.
Akibat rasa ketidakpuas hati, Tok Janggut telah mencetuskan penentangan di
daerah Pasir Pureh pada 29 April 1915. Tetapi British dengan bantuan Sutan
Kelantan, penentangan tersebut Berjaya ditumpaskan dan Tok Janggut telah
dibunuh pada 24 Jun 1915. Mayatnya diarak seluruh pecan Kota Bharu dan
digantung di pasar kepada penduduk tempatan yang berani menentang British.
TERENGGANU
Haji Abdul Limbong (HARL)- Mengetuai penentangan yang dikenali sebagai
Pemberontakan Tani pada tahun 1928. Terlibat dengan sebahagian besar golongan
petani pada zaman pemerintahan Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah. Punca-punca
pemberontakan berlaku:
i.) Sistem cukai yang mengenakan ke
atas tanah, hasil tanah dan cukai kepala.
ii.) British memperkenalkan
sistem pendidikan barat yang berbeza dengan sistem pendididkan tradisional.
iii.) British memperkenalkan Pas
Kebenaran kepada sesiapa yang membuka tanah, bercucuk tanam dan
memungut hasil hutan yang sebelum ini
menjadi hak awam.
Penduduk tempatan melancarkan
serangan bersenjata pada Mei 1928 dan berjaya menguasai Kuala Berang. Dengan
menggunakan nama sultan, British menghantar 3 orang pembesar dan menawan semula
Kuala Berang. 25 orang polis menyerang Kuala Telemong dan menumpaskan
kebangkitan penduduk tempatan. Haji Limbong telah ditahan dan dibuang negeri ke
Mekah.[7]
SARAWAK
Sebelum Perang Dunia Kedua, Sarawak
ditadbir oleh Dinasti Brooke iaitu James Brooke, Charles Brooke, dan Charles
Vyner Brooke. Semasa pemerintahan dinasti ini terdapat beberapa pemberontakan seperti:
Pada tahun 1853
James Brooke telah menghapuskan amalan pemburuan kepala. Hal ini telah
menimbulkan kemarhan kaum Iban kerana ia merupakan amalan tradisional
masyarakat tersebut. Rentap telah mengetuai penentangan terhadap Brooke di mana
beliau telah menyerang kubu kerajaan dan berjaya membunuh pegawai Inggeris.
British telah cuba membunuh Rentap tetapi tidak berjaya.
Pada tahun 1859
di bawah pentadbiran Charles Brooke pula, pembesar tempatan di bawah Syariff
Masahor dan Abdul Ghapur telah membunuh pegawai British iaitu Fox dan Steele.
Charles Brooke telah membalas serangan tersebut dan menyebabkan Abdul Ghapur
telah dibuang negeri ke Singapura manakala Syariff Masahor telah melarikan diri
ke Brunei.
Pada tahun 1893
semasa pentadbiran Charles Brooke, masyarakat Iban telah menyerang Brooke di
hulu Sungai Batang Lupar. Ia berpuncanya daripada tindakan Brooke yang telah menghapuskan adat
dan amalan tradisi mereka.
Pada tahun 1920
di bawah pemerintahan Vyner Brooke, masyarakat Dayak telah menentang pembayaran
cukai dan memberontak di Sungai Kanowit. Ia diketuai oleh Penghulu Asun.
SABAH
Sebelum Perang Dunia Kedua, Sabah
ditadbir oleh Syarikat Borneo Utara British. Dua pemberontakan yang pernah
tercetus adalah pemberontakan Mat Salleh dan pemberontakan Rundum.
a. Pemberontakan Mat Salleh
-Mat Salleh tidak suka dengan pembangunan yang dilakukan
oleh pihak British sehingga menyukarkan
rakyat. Oleh itu
pada tahun 1894, beliau telah mengetuai satu pemberontakan di Sungai Sugut.
Pada
tahun 1895,
British telah menyerang Kampung Mat Salleh. Mat Salleh telah memberontak dan
membakar
perkampungan Gaya yang memusnahkan rumah dan Pejabat Residen di Ambong.
Akhirnya
Mat Salleh
terbunuh dalam satu pertempuran pada 31 Januari 1900.
b.
Pemberontakan Rundum
-Pemberontakan ini telah dicetuskan oleh kaum Murut. Ia
tercetus pada Febuari 1915 di daerah
Rundum dan
diketuai oleh tokoh tempatan yang bernama Antanum. Faktor-faktor pemberontakan
tersebut adalah :
i.)
Pengenalan cukai terhadap beras dan ubi kayu yang digunakan untuk membuat
tapai. Ini
menimbulkan kemarahan rakyat
tempatan kerana tapai merupakan makanan
tradisi masyarakat
Murut.
ii.)
Pengenalan Ordinan yang melarang tindakan membersihkan hutan untuk pertanian
pindah.
iii.) Mengerahkan rakyat tempatan
membina jalan-jalan kecil di hutan tanpa sebarang upah
Pemberontakan ini terdiri daripada 1000 orang yang telah
menyerang dan membakar pejabat kerajaan di persidangan. Antanum telah ditawan
oleh British dan dihukum bunuh.[8]
Mat Salleh |
_________________________________________________________________________________
[2] Sh.Arbiyah, 2006 Nota Bestari Sejarah Malaysia Tingkatan 5, Ooi
Ah Kow Press SDN.BHD. m/s 15
[3] Sh.Arbiyah, 2006 Nota Bestari Sejarah Malaysia Tingkatan 5,
Ooi Ah Kow Press SDN.BHD. m/s 16
[4] Mardiana Nordin,
Hasnah Hussin (2004), Pengajian Malaysia, hlm 59
[6] Sh.Arbiyah, 2006 Nota Bestari Sejarah Malaysia Tingkatan 5,
Ooi Ah Kow Press SDN.BHD. m/s 17
[7] Sh.Arbiyah, 2006 Nota Bestari Sejarah Malaysia Tingkatan 5,
Ooi Ah Kow Press SDN.BHD. m/s 18
KESIMPULAN
Penjajahan British di Tanah Melayu meninggalkan kesan
yang sangat mendalam terutama nya dari aspek politik, ekonomi dan
sosial.Ketiga-tiga aspek tersebut mengalami perubahan yang sangat mendadak dan
mengubah terus Tanah Melayu menjadi negeri jajahan yang memberikan keuntungan
kepada pihak British.Kesan yang paling ketara sehingga hari ini ialah kewujudan
masyarakat majmuk yang berbilang kaum.Kaum Cina dan India dibawa ke Tanah
Melayu oleh British sebagai tenaga kerja untuk eksploitasi ekonomi pihak
British.Pola petempatan mengikut kaum yang diujdkan semasa penjajahan British
juga masih kekal sehingga ke hari ini.Dengan merujuk sistem pentadbiran
British, kerajaan Malaysia sekarang terus berjaya membentuk negara Malaysia
yang maju dan aman makmur.
Nama Ahli Kumpulan
1.Gordon Cheah Dee Yo 16DEM15F1086
2. Loh Guan Yu 16DEM15F1085
3. Tan Kheng Chia 16DEM15F1084
4. Sri vighneshram 16DEM15F1041
5. Suriya 16DEM15F1999
Nama Ahli Kumpulan
1.Gordon Cheah Dee Yo 16DEM15F1086
2. Loh Guan Yu 16DEM15F1085
3. Tan Kheng Chia 16DEM15F1084
4. Sri vighneshram 16DEM15F1041
5. Suriya 16DEM15F1999